Wednesday 21 November 2012

Hands For Gaza

HANDS FOR GAZA; Mari bantu Palestine. Bermula hari ini setiap tempahan kek dari Dill Cakes , RM 5 akan disalurkan ke tabung kemanusiaan Palestine. Ini merupakan sumbangan anda. Mari kita mengambil bahagian dalam jihad ini.

Wednesday 14 November 2012

Dari Putrajaya Convention Centre

Kek Perkahwinan 5 tingkat untuk anak Ketua Polis Sabah. Majlis begitu meriah dan ceria di Putrajaya Convention Centre. Kek Chocalate dan vanilla dalam tema gold and white


Sunday 14 October 2012

Mengabadi namanya

Abadikan nama yang tersayang sebagai hantaran kasih.
Cupcake hantaran berlatarkan putih disulami dengan gold
Bunga kecil pelengkap gaya

Wednesday 10 October 2012

Dalam Gaya Ringkas

TQ Puan Nora atas tempahan kek ini.
Idea design dari Puan Nora
Majlis berlangsung di Dewan Tun Rahah
Dalam tema gold putih

Sunday 16 September 2012

Cake topper sebagai penyeri


Merah menyala kek ini.
Namun merah bila digabungkan dengan putih sangat sesuai.
Nampak elegan kombinasi warna-warna ini.
Cake topper sebagai penyeri

Saturday 15 September 2012

Dari Dewan Sri Endon

Majlis Perkahwinan anak Encik Sheikh Ali Abod iaitu Kapt(dr) Nur huda Sheikh Ali dan Dr Rafiz Affandi. Majlis berlangsung di Dewan Sri Endon PUSPANITAPURI Putrajaya. Kek setinggi 5 tingkat dengan tema peach white n grey bersama dengan 25 biji cupcake. Semua adalah kek (tiada dummy).


CC pelengkap kek ini. Dengan nama pengantin

Tuesday 7 August 2012

Hari Bahagia




4 tiers wedding cake.
size kek 15 inc, 12 inc , 10 inc dan 8 inc.
Kek Choc Moist

Wednesday 25 July 2012

Kek Perkahwinan Akma AF4



Majlis perkahwinan Akma AF4 dan pasangan di PICC Putrajaya.
Majlis ini adalah disebelah suami.
Kek Perkahwinan 5 tingkat dihiasi bunga segar.
Tahniah Akma dan pasangan

Sunday 17 June 2012

Setinggi Kasihku

Kek Perkahwinan 3 tier. Kek ini keseluruhannya ketinggian 20 inc. 
Berat hampir 10 kg++. Kek paling atas adalah dummy.
 Disebabkan kek ini terlalu tinggi tak muat masuk bonet kereta.
 Dengan tema grey. Majlis berlangsung di Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak.
 Terimakasih Madihah dari Cyberjaya atas tempahan kek ini.

Friday 8 June 2012

Mood Romantik

Mood Romantik. Biru dan putih menghiasi mini cake untuk hantaran ini. Tq Shafinas jiran saya untuk tempahan ini


Dalam Warna Coklat

Dalam rona coklat. Kek 4 tingkat dengan frosting buttercream Terima kasih Mutiara Catering atas tempahan kek ini

Monday 4 June 2012

Rimbunan Kasih

Kek ini tingginya 9 inc. Dalam tema biru dengan rimbunan bunga. Design seperti diminta oleh pelanggan

Monday 21 May 2012

2 tier Mini Cake

Mini cake dalam set of five. Kali ini dalam rona lavender dua tingkat. Sesuai untuk hantaran kepada tersayang

Saturday 12 May 2012

Ceria dalam tema merah putih

Terima kasih Ana dari Sek 7 atas tempahan kek 3 tingkat ini. Dengan sample yang diberi dan dalam tema merah putih. Begitu sibuk hingga tak sempat nak snap gambar lawa2. Ini pun ehsan pengantin yang sudi mengirim sekeping gambar kek ini kepada saya Kepada pengantin Semoga berbahagia hingga akhir hayat

Wednesday 18 April 2012

Penuh Ceria

Majlis yang penuh ceria Di hiasi dengan kek 4 tingkat merah dan putih Patung pengantin pelengkap gaya. Majl;is di Restoren Arab Zam Zam Sek 9. dan sudah pasti majlisnya bertema arab!




Monday 9 April 2012

Idea yang segar

Menyaksikan pelbagai persiapan pengantin sekarang memamng sangat mengkagumkan. Berbagai idea baru dan segar dalam majlis perkahwinan Perkahwinan Hafiz dan Shida di Dewan bangunan sapura Sg Besi begitu menarik dan unik. Gambar pengantin sewaktu kecik, serta banner mempelai menghiasi dewan. Tambah ceria dengan wangian bunga-bunga segar menghiasi setiap inci dewan Tq kepada Wedding Planner Villa Pengantin di atas tempahan kek 3 tingkat ini. Villa Pengantin sememangnya nama yang agak besar dalam industri wedding ini.




Friday 6 April 2012

Ketinggian cintaku

Kek 5 tingkat untuk Majlis Perkahwinan anak kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ybhg Tan Sri Wan Abdul Aziz. Majlis berlangsung di PICC Putrajaya. Gambar gelap sikit kesan cahaya yang begitu romantik dalam dewan



Sunday 1 April 2012

Pink dan putih

3 tingkat wedding cake dalam rona pink dan putih Tempahan dari jiran setaman Menggunakan buttercream sbg frosting Kek perisa choc moist




Tuesday 27 March 2012

Dalam tema yang ceria

Dalam rona gold dan kuning. Majlis yang diadakan di Setia Alam begitu ceria dengan pilihan warna ini Puan Izza Sharlindah yang menempah kek ini untuk adiknya merupakan customer lama saya Tq Izza atas tempahan kek ini





Saturday 24 March 2012

Bukit Jelutong ke Ampang

Cuti sekolah adalah musim kahwin. Kek hantaran ditempah Puan Siti Noriha dari Bukit Jelutong untuk dibawa ke Ampang sempena majlis pernikahan anak saudaranyaDengan tema pink putih . Dominasi putih menjadi pilihan.


Friday 16 March 2012

Lots of Love

Himpunan heart shape di atas cupcake ini Sesuai sebagai hantaran kepada yang tersayang

Tuesday 13 March 2012

Tulip pelengkap gaya

Permintaan ibu pengantin bunga tulip. Saya dapatkan fresh flower bunga tulip untuk menunaikan permintaan ibu pengantin. Dalam serba purple kek perkahwinan 3 tingkat ini melengkapkan gaya majlis yang penuh ceria. Tq Hanita atas tempahan ini




Wednesday 7 March 2012

Hijau dan merimbun

3 tingkat kek perkahwinan dengan tema hijau putih. Kek ini menggunakan buttercream sebagai frosting design diminta oleh customer..